Asy-Syaikh 'Abdul' Aziz bin 'Abdillah bin Baz rahimahullah
بسم الله والحمد لله وصلى الله على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهداه, أما بعد
:
Sesungguhnya
aku menasihatkan kepada saudaraku-saudaraku kaum muslimin di mana pun
berada berkaitan dengan masuknya bulan Ramadhan yang penuh barakah tahun
1413 H ini [1] dengan taqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla, berlumba-lumba
dalam seluruh bentuk kebaikan, saling menasihati dengan al haq ,
dan bersabar atasnya, at-ta'awun (saling membantu) di atas kebaikan dan
taqwa, serta waspada dari semua perkara yang diharamkan Allah dan dari
segala bentuk kemaksiatan di mana-mana berada. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kerana ia adalah bulan yang agung. Amalan-amalan
soleh pada bulan itu dilipatgandakan (pahalanya), dosa dan kesalahan
akan terampun bagi siapa saja yang berpuasa dan mendirikannya (dengan
amalan-amalan kebajikan) dengan penuh keimanan dan rasa harap (akan
keutamaan dari-Nya), berdasarkan sabda Nabi shallallahu ' alaihi wasallam
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.
"Barangsiapa
yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan rasa harap,
maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR. Al-Bukhari 2014 dan Muslim 760)
Dan sabda beliau shallallahu 'alaihi wasallam
إذا دخل رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب جهنم, وسلسلت الشياطين.
Jika
telah masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu Al Jannah akan dibuka,
pintu-pintu Jahannam akan ditutup, dan para syaitan akan dibelenggu. (HR. Al-Bukhari 1899 dan Muslim 1079)
Dan sabda beliau shallallahu 'alaihi wasallam:
الصيام جنة, فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يجهل, فإن سابه أحد أو قاتله فليقل: إني صائم.
Puasa
itu adalah perisai, jika salah seorang dari kamu sedang berpuasa, maka
janganlah mengucapkan ucapan kotor, dan jangan pula bertindak bodoh,
jika ada seseorang yang mencelanya atau mengganggunya, hendaklah
mengucapkan: sesungguhnya aku sedang berpuasa. (HR. Al-Bukhari 1904)
Dan sabda beliau shallallahu 'alaihi wasallam
يقول
الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له, الحسنة بعشر أمثالها, إلا الصيام فإنه لي
وأنا أجزي به, ترك شهوته وطعامه وشرابه من أجلي, للصائم فرحتان, فرحة عند
فطره, وفرحة عند لقاء ربه, ولخلوف فم الصائم عند الله أطيب من ريح المسك.
Allah
'Azza wa Jalla berfirman: Semua amalan anak Adam untuknya, setiap satu
kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali ganda, kecuali puasa,
sesungguhnya ia untuk-Ku, Aku yang akan membalasnya. Kerana seorang yang berpuasa telah meninggalkan syahwat, makan, dan minumnya kerana Aku. Bagi seorang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: gembira ketika berbuka, dan gembira ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut seorang yang berpuasa itu di sisi Allah lebih wangi daripada minyak wangi kasturi. (HR. Al-Bukhari 1904 dan Muslim 1151)
Dahulu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya dengan masuknya bulan Ramadhan. Beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepada mereka:
أتاكم
شهر رمضان شهر بركة, ينزل الله فيه الرحمة, ويحط الخطايا, ويستجيب الدعاء,
ويباهي الله بكم ملائكته, فأروا الله من أنفسكم خيرا; فإن الشقي من حرم
فيه رحمة الله
Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Allah
menurunkan padanya rahmah, menghapuskan kesalahan-kesalahan,
mengabulkan do'a, dan Allah membanggakan kalian di hadapan para
malaikat-Nya, maka perlihatkanlah kepada Allah kebaikan dari diri-diri
kamu, sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan
padanya rahmat Allah. (Dalam Majma 'Az-Zawa `id Al-Haitsami menyebutkan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Al-Kabir)
Dan beliau 'Alaihish Shalatu Wassalam bersabda
من لم يدع قول الزور والعمل به والجهل, فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
Barangsiapa
yang tidak meninggalkan ucapan yang haram dan mengamalkannya, ataupun
bertindak bodoh, maka Allah tidak perlu dengan usaha dia dalam
meninggalkan makan dan minumnya. (HR Al Bukhari dalam Shahihnya).
Hadis-hadis tentang keutamaan bulan Ramadhan dan dorongan untuk memperbanyak amalan di dalamnya sangatlah banyak.
Maka
aku juga mewasiatkan kepada saudara-saudaraku kaum muslimin untuk
istiqmah pada siang dan malam-malam bulan Ramadhan dan berlumba-lumba
dalam segala bentuk amalan kebaikan, di antaranya adalah memperbanyak
qira'ah (membaca) Al Qur'anul Karim disertai dengan tadabbur (upaya mengkajinya)
dan ta'aqqul (upaya memahaminya), memperbanyak tasbih, tahmid, tahlil,
takbir, dan istighfar, serta memohon kepada Allah Al Jannah, berlindung
kepada-Nya dari An Nar, dan do'a-do'a kebaikan yang lain.
Sebagaimana
aku wasiatkan juga kepada saudara-saudaraku untuk memperbanyak sedekah,
membantu para fakir miskin, peduli untuk mengeluarkan zakat dan
menyalurkannya kepada yang berhak menerimanya, disertai juga dengan
kepedulian untuk berdakwah ke jalan Allah subhanahu, memberikan
pengajaran kepada orang jahil, dan melakukan amar ma ' ruf
nahi mungkar dengan cara yang lembut, hikmah, dan kaedah yang baik,
disertai juga dengan sikap hati-hati dari segala bentuk keburukan, dan
sentiasa bertaubat dan istiqmah di atas al-haq dalam rangka mengamalkan
firman-Nya Subhanahu:
وتوبوا إلى الله جميعا أيه المؤمنون لعلكم تفلحون
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An Nur: 31)
Dan firman-Nya 'Azza wa Jalla:
إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا فلا خوف عليهم ولا هم يحزنون. أولئك أصحاب الجنة خالدين فيها جزاء بما كانوا يعملون
Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka
tetap istioqamah maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka
tiada pula berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni Al Jannah, mereka kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. (Al Ahqaf: 13-14)
Mudah-mudahan
Allah memberikan taufiq bagi semuanya kepada perkara-perkara yang
diredhai-Nya, dan mudah-mudahan Allah melindungi semuanya dari kesesatan
(yang disebabkan) fitnah dan gangguan-gangguan syaitan. Sesungguhnya Dia Maha Dermawan, lagi Maha Mulia.
[1] Nasihat ini disampaikan pada 1413 H. namun,
kerana kandungan nasihat ini tidak pernah luput dan sentiasa relevan
maka kami paparkan kembali meskipun sudah berlalu 7 tahun yang lalu
(Sumber http://www.assalafy.org/mahad/?p=335)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan